Perokok.

Salam. Nampaknye 1st topik buat blog aku ni adalah melibatkan perokok. Tak banyak yang aku nak ulas pasal perokok ni, yang penting semua dah tahu yang merokok membahayakan kesihatan dan bla bla bla. Tapi masih ramai yang berdegil untuk merokok dengan pelbagai alasan seperti dah ketagih, untuk dapatkan ilham, hilangkan tekanan, nak nampak cool dimata awek-awek dan macam-macam lagi lah alasan.
Aku tulis pasal ni bukan untuk memburukkan perokok, tapi berharap korang berubahlah untuk kebaikan korang sendiri. Lagi, kalau dah tahu ade kawan yang tak suke dengan asap rokok ni, tolonglah hormat, jauh-jauh sikit lah kalau nak merokok gak. Paling penting bagi aku tolonglah jauhkan diri dari kanak-kanak, kesiankan tubuh diorang masih mude mudah terkene penyakit yang disebabkan asap rokok. Akhir sekali harap korang berubahlah segera sebelum pelbagai penyakit mendampingi. Hehehe.

Post a Comment